Thursday, December 31, 2009

NEW YEAR

Berdebar weh nak masuk 2010..ntah apa lagi ranjau onak duri bakal datang... harap² semua nya dapat ditangani dengan tenang...

Biarlah semua nya berlaku mengikut fitrah yang telah ditetapkan NYA....jangan dipaksa dan jangan pula memaksa...

Bye² 2009...
Jumpa lagi di 2010...

MENCARI CINTA

"Saya percaya ketentuan jodoh, namun rakan saya sering berkata, jodoh tidak akan datang bergolek tanpa mencari. Hati saya kadang kala ingin mengiakan saja, namun kepercayaan jodoh ketentuan Allah masih lagi kuat.
Walaupun tidak mencari, saya takut apabila saya mula terdedah dengan perkara ini akan menyebabkan berlakunya zina hati, mata dan telinga.
Saya sebagai insan biasa memang inginkan percintaan, namun percintaan selepas kahwin pilihan saya. Saya yakin dengan janji Allah itu, insya-Allah jika saya baik saya akan memperoleh jodoh yang baik."

Percintaan selepas perkahwinan itulah yang paling diredai Allah.

Sekiranya percintaan sebelum perkahwinan terjadi, batas perhubungan hendaklah dijaga, antaranya:
(1) Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.
(2) Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.
(3) Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.
(4) Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.
(5) Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

Dalam memilih pasangan pula, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian, antaranya:

(1) Seseorang itu hendaklah memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan diidamkan menjadi kenyataan di alam rumah tangga.
Calon yang paling sesuai ialah yang taat beragama dan berakhlak mulia. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

(2) Bagi keluarga perempuan, hendaklah menyegerakan perkahwinan anak gadis mereka apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak serta berkemampuan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa."

(3) Memilih pasangan daripada keturunan yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jangan dekati tumbuhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Perempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan." (Hadis Riwayat ad-Daruqutni)

(4) Memilih pasangan bukan daripada kerabat terdekat bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan keturunan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Janganlah menikah dengan kaum kerabat kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik."
Sabda Baginda lagi: "Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat."

(5) Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi) (lihat, http://intim.wordpress.com/category/persediaan-pengantin/)

Tuesday, December 29, 2009

KENDURI

Cuti Krismas sengaja balik kampung walaupun minggu sebelum tu sewaktu cuti Awal Muharram dah pon balik kampung..sebabnya kawan masa di UiTM dulu dan juga geng hingga kini kawen...
26/12/2009 Selamat la ecoh menjadi seorang isteri.... apa yang aku rasa ek? hmmmm..sedikit cemburu mungkin.. hehehehehehhe

Seronok pergi kenduri tu..ramai geng lain datang. Yang penting patimah ader...die photog kami on that day with her 12.0 Mega Pixel Camera... org lain tukang posing dengan alasan, "patimoh, tolong tangkap gambo,kamere ko canggih 12MP..kemere kita org hampeh jer"...hehehehehehehe

Hari yang sama, kawan aku kat kampung time prektikel dulu kawen.. tapi ntah cane mak lupa nak bagi kad kawen nyer kat aku. ari isnin baru bagi..hmmmm, good bye la......
tapi sempat aku catatkan no telepon die dalam hp aku... sampai opis jap ni tadi, terus aku kol die..
Yang menarik perhatian aku ialah nama perantin lelaki tu..hmmmm, mcm biasa ku dengar? saja tanya dia Mr N tu yang staff kat tempat prektikel dulu ker? Malu² die menjawab, ha ah..Mr N tu la, mana lagi.... hahahahahahaha... sungguh tak sangka..
Orang kata jodoh tu kan ketentuan Allah...

Kepada 2 org sahabat ini aku ucapkan Tahniah di Atas perkahwinan Korang. Semoga kekal ke akhir hayat...

P/s: kenduri kawan mana la pulak lepas ni..

Wednesday, December 23, 2009

MASAK-MASAK

Hmmmmm.... semalam atie kat umah dah bising. Beli kentang punya la banyak tapi tak masak.dan akhirnya kentang tu pun dah mengeluarkan pucuk..kalau la pucuk kentang tu boleh dimakan, nak jer aku biarkan kentang tu..sok² aku masak la "pucuk kentang masak lemak cili api", kot ada menu mcm tu..hehehehehe..

terpikir-pikir ingat kalau kentang dah banyak mcm tu, rasanya elok dibuat begedil..begedil pakai banyak ubi kentang. goreng pagi esok, bawak p opis makan begitu sahaja cicah sos..hmmm menarik²...beli daging kisar n daun sup sebagai ramuan tambahan..chantekkkk


p/s: ada yg mengatakan kentang menggemukkan bontot dan peha...hmmmmm

Tuesday, December 22, 2009

LELAKI YANG CANTIK, PEREMPUAN YANG GAGAH

Teringat kat seorang teman, org panggil die Usop Chantek sebab kat tempat die ada 2 Usop, yang satu lagi tu kulit nya agak gelap sikit, so tak berapa nak cantek la, yang si Usop satu lagi ni, ala² jambu gitew...kulit pon cerah... terus dapat Usop Chantek...
Tapi itu ker maksud lelaki cantik? Ntah...

Aku pulak, kalo ada kawan2 suruh angkat meja, pasu bunga..kalau ada lelaki kat situ, aku selalu pura-pura tak larat.. Pernah aku berkata pada Lan, ofismate aku " Aku bukan tak nak angkat Lan..sat lagi ko terkejut pulak tengok kegagahan aku..terus ko tak nak ngorat aku nanti..nanti mesti ko syak ketulenan aku..tapi yang pasti TULEN bang.."....ekekekekeke...
Mcm tu ker di kire kegagahan wanita? hmmmmm..

Rasanya tak salah lelaki menjadi cantik dan wanita menjadi gagah...kan?

Tapi dimana kecantikkan dan kegagahan itu terletak sebenarnya?
Di keris nya ka, atau di kekuatan nya ka? hehehehehhe

Sebenarnya...

*********************************************************************************
"Kecantikan" seseorang LELAKI bukan terletak pada rupa fizikalnya tapi pada kemurnian rohani LELAKI tersebut. LELAKI yang dikatakan sebagai "cantik" adalah:

#LELAKI yang mampu mengalirkan air mata untuk mengingatkan akan kealpaan dirinya.
#LELAKI yang sedia menerima segala teguran dan kritikan.
#LELAKI yang sanggup memberi madu setelah menerima racun.
#LELAKI yang mempunyai fikiran dan hati yang tenang serta berlapang dada.
#LELAKI yang sering berbaik sangka dengan semua orang.
#LELAKI yang tak pernak kenal akan erti putus asa.

"Kecantikan" seseorang LELAKI berdiri di atas kemuliaan hatinya. Seluruh kecantikan yang ada pada Rasulullah S.A.W. adalah kecantikan yang paling sempurna bagi seorang lelaki.

**********************************************************************************

"Kegagahan" seseorang wanita bukan terletak pada kepejalan otot badannnya, tapi pada kekuatan perasaan wanita tersebut. Wanita yang dikatakan sebagai "gagah" adalah:

#WANITA yang tabah dalam menerima sesuatu kehilangan.
#WANITA yang tak takut pada kemiskinan yang melanda dirinya.
#WANITA yang cekal dalam mengharungi kehidupannya setelah ditinggalkan.
#WANITA yang tak pernah meminta2 agar dipenuhi segala keinginan dan kehendaknya.

"Kegagahan" seseorang WANITA berdiri di atas ketuguhan imannya. Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah adalah kegagahan yang paling sempurna bagi seorang WANITA.
**********************************************************************************

P/s: tak yah la risau kalo anda lelaki dilabelkan sebagai cantek... sediakan hujah sahaja..

Thursday, December 17, 2009

TELUR SEBIJIK, HEBOH SEKAMPUNG

aku tak paham sorang mamat ni... dah berpuluh kali aku bagi hint aku dah ada kawan lelaki..
kekadang aku rasa masa yang aku bagi tau tu, dia paham.. katanya.." Ye la, orang dah ada bf"..
tak pon " Bf ko tak marah ker aku kol ko ni" aku kata " Kalo dia marah sok, aku tak angkat dah kol ko, sakang tak marah lagi"...aku ingat bila dah bagi tau mcm tu, kira dia paham la...
malang nya tak...

Yang aku pelik, bila time ada cuti panjang...seminggu sebelum tu, aku dah tau dah..dia mesti akan kol aku banyak kali punya... kalau aku balik kampung pun, apa masalah nya.. apa yang die nak buat.. ntah la... bukan aku nak larang die datang umah, tapi kata org tu kalau kita nak p umah sapa², kita p sambil²...contoh, hari raya, kita p la umah org... tak pon kita ada kenduri kat² area rumah org tu, kita singgah la kejap... singgah pon kita tak kol..ikut nasib la kan, kalo org ada kita sembang la 2-3 kerat...org tak ada,tak apa,kita balik... ni dah la tak raya, apa pon tak, tetiba nak datang umah... caner? aku balik kampung pon nak spend masa ngan org tua..
kalau boyapren yang datang, tak pa la.. nak eratkan silaturahim... ada tujuan nya untuk masa depan sok...tak gitu?

bebalik kepada mamat tu, ada la kot dalam 30 kali miskol...aku memang tak angkat...bila sekali dua,rasa macam biasa la kan...tapi kalo dah sampai 30 kali ko miskol pagi petang siang malam, tak ker buatkan aku rasa sesuatu dengan mamat tu...aku rasa lemas...apa yang die nak?

Last²aku sms die...." Ada apa, sms ajer... dia:" ko balik ker cuti ni" aku: "tak, nape"
dia: "ingat nak ajak ko keluar"...erk, terus aku senyap... aku langsung tak ada hati nak kuar dengan lelaki lain kecuali kawan lelaki aku tu sahaja...

Aku online facebook...terus die text aku..."aku nak ajak ko kuar" aku:"Aku bawak bf boleh?" dia: "ko dah ada bf ker..tak bagi tau pon.."..

panjang la conversation tu... malas aku nak ingat.... persoalan nya, perlu ke aku heboh² mengatakan aku dah ada BF? baru takat BF dah nak heboh².... apa cer?


P/s: hai ayam..ko heboh sekampung walaupon telo ko sebijik,yang pasti telo tu telo ko..

Tuesday, December 15, 2009

ORANG LAMA

encik md nor orang lama kat opis aku... dok kejap kat bilik aku semak dokumen yang vendor hantar...
die mintak aku pasang lagu... jenuh la aku pk lagu apa ya sesuai untuk org lama-lama ni...

kata encik md nor pasang la lagu dlloyd...hehehehehe..mana ada koleksi lagu tu...bukan tak ada, belum lagi ada...

special untuk encik md nor... persembahkan lagu

ghazal... aladom, ya ladan, hari ribut..
wann ... lagu2 koleksi wann
uji rashid ... lagu2 koleksi uji rasid terutama lagu peberet aku, mengapa dirindu...

heheheheheh


P/s:cane encik md nor? boleh? boleh la no...

Monday, December 14, 2009

MASIN

kerepek pisang yang tengah aku makan ni masin.....
kepek dapat bulan september aritu sempena hari raya..

P/s:masin pon masin la...layannnnnnnnn

KEBETULAN

hujung minggu yang penuh faedah...
menghadiri kursus untuk santapan rohani...dah lama rohani ini tidak diperdengarkan dengan ilmu-ilmu yang begitu...

ntah kenapa dalam kursus tu.. tetiba ustaz berkata

" tak apa..kalau kita tak dapat mcm kawan kita,tu tak apa. Mungkin Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.."

ish, kebetulan nya... dalam entri yang lepas, baru ajer sebut pasal ni...

P/s: masih tak percaya..apakah maksud tersirat?

Thursday, December 3, 2009

USAHA DOA dan TAWAKAL KEPADA-NYA

Ya Allah, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati ini..


Jika Allah telah memakbulkan doamu,
Dia telah mengukuhkan kepercayaanmu.

Jika Allah menangguhkan doamu,
Dia sedang menguji kesabaranmu.

Jika Allah tidak memakbulkan doamu,
Jangan berputus asa.

Kerana Dia telah merancang
sesuatu yang lebih baik untukmu..

P/s: InsyaAllah,semua ada bahagian masing²

Wednesday, December 2, 2009

BETTER GIRL

Twist skit lagu Robbie Williams ni...

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Go easy on my conscience
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame

Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better girl

Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around

I know some have fallen
On stony ground
But Love is all around

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doin' all I can
To be a better girl




TOLONG LAH

nape ek, ada sesetengah org susah sangat nak paham...
walau dah diterang dalam bahasa melayu, masih buat2 tak paham...
apa yang di nak kan nya?.. eh, letih la melayan org yang mcm ni....
perlukan perhatian kalahkan budak kecik bagai...

P/s: Ya Allah, berikan lah kesabaran kepadaku....

Monday, November 23, 2009

TINGGAL KENANGAN

Semenjak dua menjak ni suka pulak lagu ni. Ada petanda kepada apa-apa ker??

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini kucoba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih

Monday, November 16, 2009

LANGKAWI

Tarikh: 11-14 Nov 2009
Tempat: Pulau Langkawi


Waaaaaa...best best... pulau langkawi best ..... tak sangka akhirnya datang jugak ke langkawi setelah sekian lama. jap jap... nak pk jap.. oh, last sekali p langkawi masa form 4, pergi 1 family...aisey man, 10 tahun lepas tu... tak sangka... skang dah beso2 ni p lagi, yang best nyer p dengan member2...kekonon percutian persendirian tanpa pengawasan ibu bapa la..kekonon dah bebas la.. hehehehehehehehe

sampai langkawi malam. dalam pukul 11:00 mlm. aku ingat nak ajak lisa n fatimah tido kat airport ajer..nak jimat punyer pasal..rugi la check in tetengah malam...tapi mengenangkan kami ni sume pompuan, aku pon book la awal2 motel kat langkawi.. amzar motel nama nyerrrr...ok la, not so bad..tak ada nyamuk..attached bathroom, penting tu...ada aircond..RM45 +RM15 (untuk extra tilam)..masih dikira murah kan...

samapai malam, sesekor lapo...lapo tahap mak lampir..pekena benjo, jadi la untuk alas perut.. esok kan ada lagi untuk makan lain pulak...

bangun pagi semangat giler..pkl 6:00 am dah bangun..tido nyenyak sebab keletihan..lagipun kita org tak book kete lagi...pepagi dah merayap kat semua kedai car rental bertanyakan kete yang boleh di sewa..tapi menyedihkan tiada kereta...kata org tu, dah habih..uhuhuhuuu...biar betui?? dalam hati sesekor keresahan, breakfast pun muka toye jer...
tapi nasib aku ada print info pasal kete sewa kat tenet sebelum bertolak aritu.. try la kol org tu... perghh, nasib baik, ada kete.. siap demand nak honda city baru lagi.. teringin,nak beli bila taun ntah...

dapat jer tau dah ada kete, muke sesekor hepi jer...tu belum tengok kete lagi...hahahahhahahahha....sepantas kilat, menahan taksi, lalu ke jetty mengambil kete.. pueh hati la dapat kete honda city tu...lepas tu panjang la kaki...
sebab dah amik kete kat kuah, so hari khamis tu jadual percutian adalah acara menyoping..hehehhehe... haji ismail group, zeno,coco valley, world of perfume, cote de perfume,warisan gaya, idaman suri, semua la kita org belasah... jangan tak tau... beli cekelat 3 org sahaja nak masuk rm 1000... giler ah... tak pergi kedai perfume lagi... kat perfume jer,sorang rm300... saja nak bagi habis duit dalam bank... huhuhuhuhuhuuhu...

Hari Jumaat, start la acara melancong ke tempat2 menarik...memula pergi cable car, tapi singgah dulu kat beras terbakaq, pas tu singgah petronas quay...naik cable car teruja sungguh...memasing muka takjub...yang paling menarik p skywalk tu...betul ker nama skywalk..taram jer la... time p, hepi sungguh, time balik, bebakul menyumpah seranah...nak mendaki bukit tu yang tak larat tu...ishhhh

Pastu g pulak telaga tujuh...mak aiiii...mendaki untuk kesekian kalinya lagi... pak arab tu pon dah tak larat...minah arab tu lagi la... tapi bila sampai kat air terjun, pergh, legaaaaa...terasa berbaloi...tapi kalo dapat mandi, lagi la best........bedebushhhhh.... malangnya tidak sebab tak bawak baju......

kalo nak cerita 4 muka surat belum tentu lagi cukup ni.... apa2 pun, langkawi sangat la best... boleh datang lagi...sediakan duit nya sahaja....




Friday, November 6, 2009

ANAK BUAH BARU

waaaa... anak buah baru dah tiba... 1/nov/2009...
kecik ajer die.... bila tengok die, tetiba terdetik kat hati 'uish, bila la hang nak besaq ni'..
dah lama tak ada baby dalam keluarga... datang pulak yang ini...
apa apa pun, die adalah bayi yang comel...

baby, sebut MAK YANG...hmmmm, prektis lagi okay !!

Tuesday, November 3, 2009

CHERATING

Tarikh: 30 Oct - 1 Nov 2009
Tempat: Legend Resort


Huarggh... sakit badan sampai Cherating dalam pukul 7:45 malam.. 4 jam dok dalam bas, uish, rasa rangup-rangup jer tulang temulang ni... dah lama tak join rombongan2 ni.. rombongan2 org dewasa.. best jugak...
Pi Cherating untuk sesi handover project kepada kompeni.. seb aktiviti tak ketat sangat..
so tak rasa stress sangat..
urusetia baik baik belaka.. kawasan resort pun best.. nyaman jer..
member member pon best...tambah yang mengong2..memang sekepala...
kalau ada lagi nak join lagi...hehehehehehhe

P/s: dapat ramai kawan baru...

TESTING2...1.2.3

test test