Wednesday, January 27, 2010

MAHKOTA WANITA KU..DIRAGUT

Oh tidak!!..sangat sedih bila memikirkan nasib diri. bukan nak membuka keaiban diri sendiri tapi mana tahu dari cerita ini, mungkin ada yang mengambil iktibar..

Mahkota wanita aku telah diragut..Itu kenyataan nya..aku malu..sedih bila memikirkan mesti tak ada siapa nak kat aku dah..selama 26 tahun aku menjaga nya...akhirnya tersungkur jugak..

tapi aku bersyukur kerana ada yang sudi mengambil berat tentang diri aku..cuba memulihkan semangat aku..tapi aku tak tahu lagi sama ada aku boleh terus bersama nya atau tidak..biarlah masa yang menentu kan..

Kepada incik Bawang, terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya..RAMBUT tu kan MAHKOTA WANITA !!!

P/s: busuk nak mampuih..

BESTDAY

Tak ada niat nak celebrate birthday diri sendiri cuma dah lama berangan kalo dapat gaji nak bawak bebudak rumah g makan besar.. kebetulan ulangtahun kelahiran jatuh pada hari gaji..jadi malam tadi g la makan-makan kat alamanda..P/s: Atie n hanim,thanks for da cake ek..

Monday, January 25, 2010

AL-FATIHAH

Aku tak tahu kenapa, dalam tahun lepas, kerap betul aku mimpi gigi patah... kata orang-orang tua, kalo kita mimpi gigi patah, maksudnya ada orang² terdekat dengan kita bakal meninggalkan kita...so far, selepas mimpi tu, tak ada lagi la kejadian yang tak diingini berlaku..so,itu hanya mainan tidur...
tapi dalam minggu lepas, aku mimpi lagi gigi patah.. sungguh merisaukan kerana abah nak operate mata buang selaput..YA ALLAH, jangan la jadi apa-apa kat abah.. tak puas lagi nak balas jasa abah...
Tup..tup.. semalam mak talipon..

Aku: Hello mak...nape mak?
Mak: Ni mak nak habaq, kak ida hang dah tak ada, baru lepas simpan jenazah pagi tadi..ni baru selesai..
Aku: Hoh??..kak ida dah tak ada? Innalillah....
Mak: Semalam meninggal kat Hospital Ipoh.. sian kat Shanana, dok tengah patah kaki..
Aku:...tak terkata apa... tak sangka.. Tak apa, ALLAH lebih sayangkan kak Ida..

Kak Ida tu jiran aku kat kampung..kalo kita dok kat kampung, jiran² tu semua dah mcm adik beradik kita ja.. aku kalo balik kampung, kekadang kak ida kalo tengah bawak moto, rajin jugak die menegur aku..aku pon kalo tengah² sidai baju pepagi, kalo ternampak die rajin jugak la menanya kabar..Arwah kak ida ni peramah orangnya..banyak mulut..kalo menyembang ke,kenduri ke, memang kecoh la..tak sunyi..
Arwah mcm dah kakak aku.. sedih sangat..
Al Kisahnya, 15/1/2010 Arwah dan 6 orang lagi orang kampung aku dalam kete perjalanan nak hantar kak ida ni ke rumah dia. Kak ida penumpang sebelah pemandu. Pemandu pon org kampung aku jugak, perempuan, aku tak berapa rapat.. Masa kete tengah naik bukit, tetiba dari lane sebelah, ada org tengah memotong, tak nampak kete dorang..bukit tu double lanes..kira memang salah la pemandu laki tu..
Kak Ida ni dok depan dengan anak bongsu die, Shanana..Masa eksiden, Kak Ida peluk anak die sambil membongkok kan badan..kete dilanggar dari arah depan.. Kak Ida paling parah sebab dia kene hentam kat kepala sebab die tengah tunduk cover anak dia.. Anak die patah kaki...
Doktor cakap ada darah beku dalam pala..kene hantar ke Ipoh..Hospital Manjung tak boleh buat..kalo dah refer ke Hospital Besar Ipoh, memang dah paham sangat,memang kes² parah la... Cukup seminggu, kak ida pon menghembuskan nafas terakhir beliau..

Selalu dengar org eksiden, mcm tak rasa apa..tapi bila kena kat orang yang kita kenal, uish sungguh mendalam...

Kepada Tok Nah, Abang Kapai @ Abg Jaafar, Along,Shafizi dan Shanana, banyak² kan lah bersabar..ALLAh lebih menyayangi menantu, isteri dan ibu kalian.. Semoga Arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman..
AL-FATIHAH...

Friday, January 22, 2010

MENYAKITKAN HATI

Ntah kenapa, hari ini, di hari yang mulia Jumaat Penghulu segala hari ini, harus ada peristiwa yang menyakitkan hati.... Tak bolehkah hari Jumaat ni ko mulakan dengan cara yang baik..

Ko? Siapa dia?...ntah, aku pon tak kenal..tapi dah 2 kali aku terkena dengan mamat sekor ni kat jalan raya... bawak kete mcm dot dot dot...(Jumaat, tak patut carut,lagipun tak tergamak aku nak mencarut)

2 hari lepas, berhenti kat trafik lite, bila hijau aku nak amik kanan,tetiba mamat sekor ni datang dari belakang celah mana,selang berapa kereta ntah, amik lorong sebelah (yang lawan arus punya), pon nak amik kanan jugak...aku kat dalam kete yang dah cuak sebab dah dekat sangat kete die ngan kete aku kat selekoh tu.. memang jahanam.. ingat nak p mana sangat yg laju² tu..rupa-rupanya masuk building tempat keje aku jugak..

Arini mamat tu buat lagi...mcm benda yang sama cuma lokasi berbeza...Jahanam sekali lagi...

Masa park kete kat basement tadi, sempat aku naik lift dengan mamat durjana tu... muka die,memang sesuai dengan perangai die..tapi nak buat air muka tak jahat...tak menjadi la brader... aku usha nametag die. tak nampak.. yang aku sempat baca die dari bahagian siasat menyiasat...

Mamat tu skang aku dah sematkan dalam hati aku sebagai Mamat Nam Jahanam (MNJ)...
Setakat kete Persona ko nak bawak laju²,cilok mencilok, memang boleh pergi jahanam...
Aku sungguh marah kat ko..P/s: Nampak lagi MNJ tengah beli air kat cafe dengan baju belang²..ko tengok aku,aku tengok ko..mesti ko pelik kan? Jahanam² ( sambil menggelengkan kepala)

Wednesday, January 20, 2010

JANGAN KAU MENGELUH

Kita selalu bertanya.....dan Al-QURAN sudah menjawabnya

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).'

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

P/s: Al-Quran-relevan sepanjang masa: DULU,KINI dan SELAMANYA

JAIKO

sebut betul-betulllllll...JAIKO okey...bukan JAI-HO
Sapa tak kenal Jaiko? Jaiko ni agak comel orang nyer...Abang die seorang yang sangat di geruni...
So mempersembahkan JAIKO adik kepada Giant...comel kan die?

P/s: Tadi tanya kawan ingat tak adik Giant sape? Ingat² lupa plak die.. Nah! Skarang gi mana,sudah ingat?

"BUAH"

Pokok kalau dah digoncang, mestilah buahnya bergoyang.... ye tak?
Napa nak cari pasal...napa nak jadi buah mulut orang..kalau dah ada kesedaran diri sendiri, lekas² la amik tindakan pembetulan..

P/s: tak suka buah ciku..

Monday, January 18, 2010

CHA, ROTI CANAI SATU !!

Peristiwa ni berlaku baru-baru ini si sebuah kedai mamak... Alkisahnya...

Macha Kepada Sorang Mamat: "Apa Mau?"
Mamat: "Roti Canai Kosong Makan"
Macha Kepada Aku: "U?"
Aku: "Roti Canai Kosong 1, mungkus"
Mamat Kepada Macha: "Tak per Cha, bagi die dulu"..sambil menunjuk ke arah aku..
Aku: Gulppp... "Eh, x pe la..."
Mamat: "Tak pe..tak pe.. Bagi dia dulu.."
Macha: "Haaa?"
Mamat: "Bagi dia dulu..bagi dia dulu"
Aku: Gulpp.. hehehehe... "Napa buat mcm tu, sian kat macha tu"


Lalu macha membungkus roti canai untuk aku dulu dan aku menyerahkan sembilan puluh sen kepada macha...

Ucapan Kepada Mamat :
Thank You Very Much, Awak sungguh gentleman..
Tapi kan.... kalau awak bayarkan RM0.90 tu kan, hmmmmmm...lagi best kan? hehehehheheheP/s: Burpppp...kenyang, Alhamdulillah

Thursday, January 14, 2010

KENAPA SAYA NAK KURUS?

Saya bukan nak kurus sebab tuntutan boyapren saya. Saya nak kurus atas kesedaran saya sendiri. Kurus yang sihat. Ini kerana, satu ketika dahulu saya pernah kurus. (saya rasa la). Bila kurus, akan kurang dihinggapi penyakit seperti kolestrol tinggi, kencing manis, sakit jantong dan sebagainya. Kurus akan menyebabkan saya mempunyai stamina yang tinggi, tidak mudah mengah n letih bila buat sesuatu pekerjaan itu..Kan?.. alangkah best nya time tu kerana nak pakai baju apa pon tak apa, tak segan..tak ada spare tyre...perut flat ajer... saya mula menambah berat badan bermula saya dari tingkatan 4 sehingga la saya tamat universiti. Mengapa saya boleh gemok semasa di asrama? Bukankah di asrama, orang sepatutnya lagi kurus? sedap sangatkah makanan di asrama itew?
Masalahnya ia adalah mentaliti saya. Masa saya di tingkatan 4, saya berpendapat, " baik makan waktu makan, kalo aku lapo tengah malam nanti mcm mana? Dining dah tutup.. mana aku nak cari stok makanan??" jadi 6 kali sehari jadual makan di asrama, saya hanya miss 1 waktu sahaja bermakna 5/6 waktu makan, saya penuhi...dasat.. akhirnya saya telah menjadi tembun..
Diteruskan pula di universiti...mentaliti itu masih belom saya buang membuatkan saya terus dengan tabiat makan, makan, makan dan makan lagi... semasa akhir pengajian saya di universiti, berat badan saya ialah 68kg.. pungkok amat la lebaq nya...hahahahahahaha
Apabila menjejak kan kaki di alam pekerjaan, dengan kerja yang menimbun, tak pernah berhenti, barulah tabiat makan saya berkurangan... akibatnya berat saya telah menurun ke 60kg...walaupun 60kg (berat tu kak long), tetapi saya rasa saya dah kurus time tu...banyak baju dah boleh pakai...yesss...hepi...
Namun apabila saya bertukar tempat kerja yang menghidangkan makanan tiap kali selepas mesyuarat yang mana mesyuaratnya setiap hari, hampir-hampir sahaja mentaliti yang dulu menguasai diri saya... dalam hampir-hampir tu, saya telah naik dalam 2-3 kg...dem!
Sekarang, saya beriya-iya mahu kurus...sudah-sudah la makan tu... 55kg sasaran berat tahunan saya...hahahahahahahahahaha...
kalo boyapren saya meninggalkan saya pada suatu hari yang permai nanti, mungkin lebih mudah saya mendapat pengganti jika saya kurus... kalau saya gemok, mungkin tiada yang memandang saya...hahahahhahahahahhahaha...dem!

Arghhhh...lelaki ! Rumah besar, kereta besar, semua mau...bini besar ??? dem!


P/s: Nape aku suke pakai 'dem!²' ni....dem!

Wednesday, January 13, 2010

TANDA SEBELUM HAID

Doktor,
Saya berumur 26 tahun. Saya menanggung sakit payudara setiap kali selama seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan haid.
Kesakitan pada payudara saya sering kali mengganggu rutin harian saya.
Saya telah membuat pemeriksaan payudara sendiri dan mendapati tiada sebarang kesan benjolan pada payudara saya.
Masalah ini menjadi semakin rumit apabila setiap kali saya mandi kerana saya pasti merasa perit pada bahagian puting.
Apakah masalah sebenar saya? Adakah saya menghadapi risiko terkena kanser?

Jawapan

Sakit payudara ini adalah satu keadaan yang dialami oleh ramai wanita iaitu hampir 70 peratus wanita akan mengalami sakit payudara pada sesuatu masa.
Anda risau mengenai barah payudara apabila mengalami sakit ini.
Adalah didapati kurang daripada 3 peratus wanita yang mengalami sakit ini menghidapi barah payudara dan golongan wanita seperti ini biasanya ada tanda-tanda lain.
Ramai wanita yang mengalami sakit payudara sebelum kedatangan haid. Biasanya kedua-dua payudara terasa sakit pada masa yang sama dan sakit ini terasa sehingga ke ketiak.
Tiada ketulan atau benjolan yang didapati pada payudara dalam keadaan ini.
Masalah ini biasanya mula terjadi pada umur 20-an atau 30-an dan berakhir apabila menopaus dicapai.
Keadaan ini terjadi sebab payudara sesetengah wanita lebih sensitif kepada perubahan hormon.

Langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan sakit ini adalah seperti berikut:

1) Memakai pakaian yang tidak terlalu ketat.
2) Pengambilan diet makanan yang kurang lemak
3) Cuba elakkan minuman seperti kopi dan minuman ringan bergas
4) Mengambil EPO (evening primrose oil) atau suplemen vitamin E.

Kebanyakan cara untuk mengubati keadaan ini akan mengambil masa beberapa bulan untuk menunjukkan hasil.
Maka anda perlulah bersabar dan jangan putus asa. Jika cara dan ubat ini mengurangkan sakit maka sebaiknya diambil berterusan untuk sekurang-kurangnya enam bulan.
Jika berterusan, cuba berjumpa doktor pakar untuk nasihat dan ujian lanjut.P/s: Memang la sakit..kekadang hentak kaki time jalan pon sakit...untung ek jadi laki..Laki selalunya cari penyakit sendiri..tu rokok tu..

Tuesday, January 12, 2010

SENANG JER RUPANYER

The Biggest Loser Asia bagi tips cane nak boleh kurus skit... owh, kacang jer rupanya...P/s:senaman yang ni rasanya aku mampu buat....hehehehehhe

NALURI UNTUK HIDUP

Yang pasti semua kehidupan di dunia ini struggle untuk hidup. Cumanya sama ada anda prihatin untuk menolong atau tidak?

Monday, January 11, 2010

AMAR SI BIRTHDAY BOY

Ahad lepas celebrate birthday Amar kat Secret Recipe Alamanda.. Amar dah 7 tahun..
Amar import kek dari Baskin Robbins..nasib toke Secret Recipe tak marah.. hehehehehhe
Mak Yang dah terjanji dengan Amar beli pomenan...Amar nak beli pomenan kat Toy City, Alamanda..apakah pomenan itu? Nantikan saja jari telunjuk Amar menunjuk yg mana 1...


P/s: Kata Mak Yang kepada Amar "Amarrrr,pomenan itu haruslah yang menggunakan 3 helai duit merah sahaja okey" hehehehehehe....

Friday, January 8, 2010

SEMALAM...

MALAM KU BERMIMPI

Malamku bermimpi hai dengan satu bintang
Ku terpaku di jendela
Ku lihat kanda tersenyum menawan
Asmara bergelora meresap ke dada

Malamku terlihat oh satu bunga
Bunga harum menarik hati
Tak sanggup menahan rasa asrama meresap pandangan
menusuk di jiwa

Sayang jauh di balik awan
Wajahmu tetap berseri-seri
Laksana bulan sedang mengambang
Menawan dan menggoncangdalam kalbu

Oh angin meniup bawa daku ke sana
Hasratku ingin bersama-sama
Tak tahan rasa hati menderita
Gelora asmara selalu menggoda

p/s:malam tadi mimpi ada org nak tumpang tido kat umah..abis sume comforter n tilam aku asingkan untuk org tu...bgn pagi, hasilnya SELERAK!!! hampeh!

Thursday, January 7, 2010

PUASA

Hari ni puasa..biasa la kan, kalo posa ni, dalam pale ingat makanan jer la...dari pagi dok pk² nak makan apa la bukak posa nanti...ceh, posa saje.. asyik ingat makanan jer...
Dah dapat idea, rasa cam nak makan mee goreng tak pon megi goreng..nak diet la kan so kurangkan amik makanan berkarbohidrat tinggi..
Tadi selak-selak la gambar balik kampung time krismas ari tu.. tetiba, terpancar la satu gambar ni... meleleh ayaq lioq.. hello cik norm, hang ni posa ke tak? hehehehehhe
Posa..posa..posa....


P/s: Ikan di sponsor oleh jiran belakang umah.. Tengkiu auntie Siew Mei

Wednesday, January 6, 2010

MENGASAH BAKAT

Daging Masak Mamak

Tetiba teringat resipi mak, daging masak mamak.. stok daging memang dah ada dalam peti so apa lagi,pejamkan mata 5 minit,bayangkan masakan tersebut..hmmm dapat dah! berdasarkan daya ingatan dan rasa masakan tersebut, apa lagi, selinsing lengan baju, hanyun.. hasilnya memang ada rasa mcm masakan mak TAPIIII...mesti ada TAPI nya, takkan terus perfect kot..tapi nya pedas skit.. tak apa, boleh di perbaiki lagi..ada banyak masa lagi sebelom aku nak jamu kat mak mentua..hehehehehehe
(Cane kalo mak mentua tak makan daging??tak pa, g kat pak mentua pulak)

Kueh Cara

Memang caghe la aku masak kuih cara ni..acu ada, daun padan ada, telur ada, tepung pon dah ada..tinggal santan jer tak ada... pesan kat hanim beli santan pas balik koje..

Hasil nya juga boleh tahan. rupa ada, warna je kureng skit kot.. inti nya aku boh gula ajer, tapi ada yang ada gula, ada yang tak sempat aku nak boh gula..teralit buat mende lain.. walaubagaimana pun masih boleh diperbaiki lagi di masa hadapan..


P/s: Bila skill masak dah diperbaiki, ingat dah boleh start meniaga dah kot..hehehehehehe..

APA LAGI NI...

Apa lagi ni Incik XY...

Tak cukup kol,miskol, incik text saya kat fb saya.. skang tambah lagi dalam inbox saya.. incik mau apa lagi.. bukan kah sudah dijelaskan semua nya... Incik berkelakuan begini, buat saya rasa lemas la...saya dah rasa takut sama incik.. please la incik... jangan la ganggu idup saya..tak payah la nak ramah n amik berat sangat.. kawan mcm biasa² boleh tak? mcm kawan dengan org lain jugak tuuu....


P/s: Lemas n Rimas...

Monday, January 4, 2010

ANAK BUAH 'n' MAK YANG

Sabtu 2/1/2010 ke MBO ampang demi menyaksikan cerita Alvin n da Chipmunks bersama-sama anak buah.. Letih menjaga 6org anak buah..(korang pon anak baru 1@2, aku walaupun anak buah, tapi 6 org...keprihatian yang harus aku curahkan sama jugak mcm jaga anak sendiri tau)...bak kata anak buah aku si Amir " Mak Yang hebatttt"..

Belom start movie, beli air n pop corn sorang satu..mencabar gile aku nak mengorder kan brader tu..ntah brader tu kira betul ke, tak ke, aku dah tak peduli..mana dengan pop corn nye, air nye dengan movie dh start nye..

Masuk dalam panggung, cite dah start 5 minit aku rasa..layan je la lagi pon cite kanak², tak sempat tengok 5 minit pertama pon,ada aku kesah! aku rasa tak rugi apa..
Duduk la pulak sebelah HAH,anak buah yg paling kecik pada hari itu..HAH pulak bila dah dapat masuk panggung dengan pop corn n milo ice nyer dah tak hengat apa dah... movie pon dah ke mana dah..

dalam 10 minit cerita berlalu, tetiba baru aku terperasan, depan kerusi HAH ada seorang dewasa yang kepala nya melepasi kerusi panggung tu.. aiseh, cane aku tak perasan lak tadi sedangkan depan aku budak kecik yang paler nyer langsung aku tak nampak..pelan², aku cuba meletakkan kepala aku separas dengan pale HAH..apa agaknya yang HAH nampak ek?? oooohhh, jangan kata pale makcik depan menjadi penghalang, rupa-rupanya, HAH cuma nampak takat kerusi jer...hahahhahahhahaha... sian HAH tak nampak apa rupanya, tapi HAH dah tak kesah sebab apa, sebab die dok ralit layan pop corn n milo ice..

Aku angkat HAH dok atas riba aku...dah rugi RM5 sebab satu kerusi dah kosong...huhuhuhuhu, rugiiiiiiiii..

tak per la, layan anak buah punya pasal...

Layan sampai cite habis, then balik ampang... Tak jalan mana pon sebab hujan lebat!!

TAHUN BARU, SEMANGAT BARU

Tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya... Apakah azam pada tahun lepas telah tercapai? hmmm ntah la, mungkin ada yang tercapai n mungkin ada yang belum tercapai...

2010-Aku rasa, aku tak pernah la nak set apa azam baru untuk sesuatu tahun itu... kalau orang tanya, aku akan menjawab, tapi jawapan aku tu sekadar gurauan sahaja selalunya...
Sebab apa aku tak ada azam? kiss me, bukan tak ada azam okey, cuma tak set jer azam tu di awal tahun... bagi aku,azam tu datang bagai ilham...bila ada ilham nak buat sesuatu, masa tu la azam datang.."Aku mesti capai apa yang aku nak tu"...

Tapi dalam hati ada la ingat nak bagi by end of this year, duit dalam ASB ada beriban-riban...puluh riban may be? hahahahahahah...dengan aku yang tak berdisplin ni, payah la rasa nya... masuk ari ni, next week kuarkan balik...jahanam la...

Aku ada bagi tau seorang teman semalam, ingat arini p opis nak ber mekap la, sempena tahun baru,semangat baru.. tapi bila sampai opis tadi, aku hanya oleskan sedikit blusher di pipi dan sedikit lipstick tapi pas pekena mee goreng tadi aku rasa bibir merah bak delima aku tadi dah p ke mana ntah..lipstick tu dah ditelan masuk dalam perut rasanya..

Apa- apa pun aku mengharapkan perkara-perkara yang baik berlaku pada tahun 2010 ini. tapi kita manusia hanya merancang, ALLAH jua yang menentukan..


p/s: Kawin?? azam lapuk rasa nya tu.. tak tau dah berapa tahun carry forward... : )