Tuesday, December 22, 2009

LELAKI YANG CANTIK, PEREMPUAN YANG GAGAH

Teringat kat seorang teman, org panggil die Usop Chantek sebab kat tempat die ada 2 Usop, yang satu lagi tu kulit nya agak gelap sikit, so tak berapa nak cantek la, yang si Usop satu lagi ni, ala² jambu gitew...kulit pon cerah... terus dapat Usop Chantek...
Tapi itu ker maksud lelaki cantik? Ntah...

Aku pulak, kalo ada kawan2 suruh angkat meja, pasu bunga..kalau ada lelaki kat situ, aku selalu pura-pura tak larat.. Pernah aku berkata pada Lan, ofismate aku " Aku bukan tak nak angkat Lan..sat lagi ko terkejut pulak tengok kegagahan aku..terus ko tak nak ngorat aku nanti..nanti mesti ko syak ketulenan aku..tapi yang pasti TULEN bang.."....ekekekekeke...
Mcm tu ker di kire kegagahan wanita? hmmmmm..

Rasanya tak salah lelaki menjadi cantik dan wanita menjadi gagah...kan?

Tapi dimana kecantikkan dan kegagahan itu terletak sebenarnya?
Di keris nya ka, atau di kekuatan nya ka? hehehehehhe

Sebenarnya...

*********************************************************************************
"Kecantikan" seseorang LELAKI bukan terletak pada rupa fizikalnya tapi pada kemurnian rohani LELAKI tersebut. LELAKI yang dikatakan sebagai "cantik" adalah:

#LELAKI yang mampu mengalirkan air mata untuk mengingatkan akan kealpaan dirinya.
#LELAKI yang sedia menerima segala teguran dan kritikan.
#LELAKI yang sanggup memberi madu setelah menerima racun.
#LELAKI yang mempunyai fikiran dan hati yang tenang serta berlapang dada.
#LELAKI yang sering berbaik sangka dengan semua orang.
#LELAKI yang tak pernak kenal akan erti putus asa.

"Kecantikan" seseorang LELAKI berdiri di atas kemuliaan hatinya. Seluruh kecantikan yang ada pada Rasulullah S.A.W. adalah kecantikan yang paling sempurna bagi seorang lelaki.

**********************************************************************************

"Kegagahan" seseorang wanita bukan terletak pada kepejalan otot badannnya, tapi pada kekuatan perasaan wanita tersebut. Wanita yang dikatakan sebagai "gagah" adalah:

#WANITA yang tabah dalam menerima sesuatu kehilangan.
#WANITA yang tak takut pada kemiskinan yang melanda dirinya.
#WANITA yang cekal dalam mengharungi kehidupannya setelah ditinggalkan.
#WANITA yang tak pernah meminta2 agar dipenuhi segala keinginan dan kehendaknya.

"Kegagahan" seseorang WANITA berdiri di atas ketuguhan imannya. Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah adalah kegagahan yang paling sempurna bagi seorang WANITA.
**********************************************************************************

P/s: tak yah la risau kalo anda lelaki dilabelkan sebagai cantek... sediakan hujah sahaja..

No comments:

Post a Comment