Hari ni hari pertama puasa... Alhamdulillah, takat jam ni aku masih posa..
BILA puasa, tetiba jer opis ni rasa berdengung...senyap..tak meriah..
Ye la, kang kalau kecoh mesti ada yang menegur, semangat nampak? tak puase ker? Hah, tak pasal pulak dituduh tak puase..tapi okay jugak kan..dapat pahala free.. idea bernas nih..
BILA dah opis berdengung mcm ni, pepagi lagi dah mengantuk..
lalu aku bertanya " BILA nak pukul 5:00 ni..mengantuknya.."
kata opis mate "haih, baru pukul 9pagi dah tanya pukul 5??"..
dah tu, kalo dah asyik menguap jer.. rasa baik tido kat umah..hehehehehe
Pas tu mata ni tertancap pulak kat sudut meja keje aku ni.
Kata opismate " Hai, apa yang direnung tu..teruk beno nengoknya?"
Kata aku " Dok tengok jadual pembayaran gaji..bulan ni BILA kita gaji?.. 25hb, aduh duit dah habis ni"..
kata opismate " kan dah ada elaun khas"...
kata aku.. "Tak mana BILA nya.."
Malam tadi p terawih kat surau dekat rumah tu..
Kata imam " Sini kita buat 8 rakaat, 3 witir, diselang dengan usrah"
Wow, best nya.. 8 Rakaat sahaja..
BILA imam start membaca surah.. adeh, kemain panjang berjela..ayat Quran diambiknya..
aku bajet ayat lazim ajer.. dok tengah dalam sembayang tu sempat lagi aku bersuara di dalam hati.. "Hai...BILA la nak habis 8 rakaat ni.."
Hah, aku tak kussyuk... dem!!
Semalam membawak ke hari ni hanya BILA yang menjadi persoalan dalam idup aku..
BILA..BILA..BILA...
hmmmmmm
No comments:
Post a Comment