Friday, August 27, 2010

NIKAH GANTUNG

Petikan diambil dari forum Cari.com.my

Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi
Oleh Radzi Razak
August 23, 2010


KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah khitbah atau nikah “gantung” — pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal bersama jika masih tidak mampu — sebagai salah satu cara mengatasi masalah membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.
... bla..bla..bla..

p/s:Kata kunci disitu ialah "MENARIKNYA".. tapi tak sesuai pula kata terlanjur, kata la bersama ker, LANJUR ke (sebab dengan sengaja, so tak ada TER ye)...

Monday, August 16, 2010

SI KURUS & SI GEMOK

Al kisah nya, aku menengok la gambar nikah di facebook yang di tag oleh kawan-kawan. aku tertarik dengan satu gambar tu bila mana aku duduk atas riba suami... hahahahaha, hazab jer aku tengok muka Mr. S... yer la, aku yang gemok ni p dok atas dia...tapi masa sebelum duduk tu aku tanya dia dulu ape.. "boleh ker duduk ni" die kata " Dok la" sambil menepuk-nepuk pehanya... aku tak berapa kondipen sebenarnya... dah dapat duduk, aku pegang la die kuat-kuat..tak yakin aku...sat lagi mau aku tumbang...
Bila tengok gambar tu terus aku SMS Mr S " Dh tengok gambar awak tu? Mcm tak larat jer bila time org duduk tu? pls la awak, makan banyak sikit, bagi berisi skit" ngeh..ngeh..ngeh... Mr S reply " eh, apa pulak abang yang nak tambah berat, awak tu la..bagi kurus skit, sama kurus mcm abang ni..."
hahahahahha...tergelak aku seraya berkata dalam hati "Nak makan banyak tu kan lagi senang dari nak mengurangkan makan"...

Wednesday, August 11, 2010

BERCUTI

owh... dah lama tak p bercuti..
tapi cuti kali ni lain skit..tak boleh berjimba-jimba..yer la, dah ada asben, kene la jaga tingkah laku..t malu plak kawan tu nengok wifenya yang seperti kanak-kanak itew..

Incik asben bagi tau, die dapat 2 bilik free kat cameron highland.. tapi valid till end of september.. owh, rugi pulak tak guna... tapi tak kenduri lagi time tu, segan la pulak nak p hanimun bagai...
tapi nak pegi jugak...
kata Incik asben " Abang boleh bawak tapi dengan satu syarat"
kata aku " Apa die syarat nya.. you just named it bebeh"
kata incik asben "syaratnye, saya tak nak tengok isi lebihan bawah dagu awak tu.."

hah?gelak guling-guling aku dengar syarat incik asben...
kata aku "k, no problem..janji bawak p cameron"..
hahahahahaha... ada ker tu syaratnya..
tapi incik asben memang la tak suke tengok dagu kedua aku tu...
Makanya di bulan posa ni haruslah aku mengambil kesempatan kan
mengurangkan mana yang lebih-lebih tu....
demi cameron punya pasal...

kata aku dalam hati " Cameron jer pon aku nak beriya..lain la Cameroon"

BILA??

Hari ni hari pertama puasa... Alhamdulillah, takat jam ni aku masih posa..
BILA puasa, tetiba jer opis ni rasa berdengung...senyap..tak meriah..
Ye la, kang kalau kecoh mesti ada yang menegur, semangat nampak? tak puase ker? Hah, tak pasal pulak dituduh tak puase..tapi okay jugak kan..dapat pahala free.. idea bernas nih..

BILA
dah opis berdengung mcm ni, pepagi lagi dah mengantuk..
lalu aku bertanya " BILA nak pukul 5:00 ni..mengantuknya.."
kata opis mate "haih, baru pukul 9pagi dah tanya pukul 5??"..
dah tu, kalo dah asyik menguap jer.. rasa baik tido kat umah..hehehehehe

Pas tu mata ni tertancap pulak kat sudut meja keje aku ni.
Kata opismate " Hai, apa yang direnung tu..teruk beno nengoknya?"
Kata aku " Dok tengok jadual pembayaran gaji..bulan ni BILA kita gaji?.. 25hb, aduh duit dah habis ni"..
kata opismate " kan dah ada elaun khas"...
kata aku.. "Tak mana BILA nya.."

Malam tadi p terawih kat surau dekat rumah tu..
Kata imam " Sini kita buat 8 rakaat, 3 witir, diselang dengan usrah"
Wow, best nya.. 8 Rakaat sahaja..
BILA imam start membaca surah.. adeh, kemain panjang berjela..ayat Quran diambiknya..
aku bajet ayat lazim ajer.. dok tengah dalam sembayang tu sempat lagi aku bersuara di dalam hati.. "Hai...BILA la nak habis 8 rakaat ni.."
Hah, aku tak kussyuk... dem!!

Semalam membawak ke hari ni hanya BILA yang menjadi persoalan dalam idup aku..
BILA..BILA..BILA...
hmmmmmm

Tuesday, August 10, 2010

JUST MARRIED

ha'ah, just married 7/8/2010 aritu..
owh kene ingat tarikh ni sebagai tarikh keramat..hahahahaha..kot ingat la..

Dengan sekali lafaz, sah sebagai seorang isteri.. ish, debo giler time Mr S. nak akad tu..
ntah gagap ke, sangkut ker...tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar
"dah pektis sebab dapat soklan bocor boleh la kan..hehehehehe"
Penat sampai ilang sore..

Sedih lak berpisah jejauh.. tak dapat nak siap kan makan minum Mr S.
I'm sorry...

Kepada JPA,
Saya ingin memohon bertukar ke negeri Perak kerana mengikut somi.. hehehehehehe
mungkinkah?.. akan difikirkan...

Tuesday, August 3, 2010

BOYA

Don't sangka clear water no boya ....

Apakah misteri kaki seorang pekeja pos malaysia yang digigit sesuatu pada januari 2010 dahulu terjawab?

Sekor boya dijumpai di Tanjong Agas, Port Dickson.. tapi boya yang ni mulut die beso..
kalo die geget, mesti habis sampai lutut ni.. hahahaha
kot ada yang lain lagi kot dalam air laut sana tuuuu... huhuuhuu...

darat ada boya, laut ada boya... hmmm