Monday, January 4, 2010

TAHUN BARU, SEMANGAT BARU

Tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya... Apakah azam pada tahun lepas telah tercapai? hmmm ntah la, mungkin ada yang tercapai n mungkin ada yang belum tercapai...

2010-Aku rasa, aku tak pernah la nak set apa azam baru untuk sesuatu tahun itu... kalau orang tanya, aku akan menjawab, tapi jawapan aku tu sekadar gurauan sahaja selalunya...
Sebab apa aku tak ada azam? kiss me, bukan tak ada azam okey, cuma tak set jer azam tu di awal tahun... bagi aku,azam tu datang bagai ilham...bila ada ilham nak buat sesuatu, masa tu la azam datang.."Aku mesti capai apa yang aku nak tu"...

Tapi dalam hati ada la ingat nak bagi by end of this year, duit dalam ASB ada beriban-riban...puluh riban may be? hahahahahahah...dengan aku yang tak berdisplin ni, payah la rasa nya... masuk ari ni, next week kuarkan balik...jahanam la...

Aku ada bagi tau seorang teman semalam, ingat arini p opis nak ber mekap la, sempena tahun baru,semangat baru.. tapi bila sampai opis tadi, aku hanya oleskan sedikit blusher di pipi dan sedikit lipstick tapi pas pekena mee goreng tadi aku rasa bibir merah bak delima aku tadi dah p ke mana ntah..lipstick tu dah ditelan masuk dalam perut rasanya..

Apa- apa pun aku mengharapkan perkara-perkara yang baik berlaku pada tahun 2010 ini. tapi kita manusia hanya merancang, ALLAH jua yang menentukan..


p/s: Kawin?? azam lapuk rasa nya tu.. tak tau dah berapa tahun carry forward... : )

No comments:

Post a Comment