Saya bukan nak kurus sebab tuntutan boyapren saya. Saya nak kurus atas kesedaran saya sendiri. Kurus yang sihat. Ini kerana, satu ketika dahulu saya pernah kurus. (saya rasa la). Bila kurus, akan kurang dihinggapi penyakit seperti kolestrol tinggi, kencing manis, sakit jantong dan sebagainya. Kurus akan menyebabkan saya mempunyai stamina yang tinggi, tidak mudah mengah n letih bila buat sesuatu pekerjaan itu..Kan?.. alangkah best nya time tu kerana nak pakai baju apa pon tak apa, tak segan..tak ada spare tyre...perut flat ajer... saya mula menambah berat badan bermula saya dari tingkatan 4 sehingga la saya tamat universiti. Mengapa saya boleh gemok semasa di asrama? Bukankah di asrama, orang sepatutnya lagi kurus? sedap sangatkah makanan di asrama itew?
Masalahnya ia adalah mentaliti saya. Masa saya di tingkatan 4, saya berpendapat, " baik makan waktu makan, kalo aku lapo tengah malam nanti mcm mana? Dining dah tutup.. mana aku nak cari stok makanan??" jadi 6 kali sehari jadual makan di asrama, saya hanya miss 1 waktu sahaja bermakna 5/6 waktu makan, saya penuhi...dasat.. akhirnya saya telah menjadi tembun..
Diteruskan pula di universiti...mentaliti itu masih belom saya buang membuatkan saya terus dengan tabiat makan, makan, makan dan makan lagi... semasa akhir pengajian saya di universiti, berat badan saya ialah 68kg.. pungkok amat la lebaq nya...hahahahahahaha
Apabila menjejak kan kaki di alam pekerjaan, dengan kerja yang menimbun, tak pernah berhenti, barulah tabiat makan saya berkurangan... akibatnya berat saya telah menurun ke 60kg...walaupun 60kg (berat tu kak long), tetapi saya rasa saya dah kurus time tu...banyak baju dah boleh pakai...yesss...hepi...
Namun apabila saya bertukar tempat kerja yang menghidangkan makanan tiap kali selepas mesyuarat yang mana mesyuaratnya setiap hari, hampir-hampir sahaja mentaliti yang dulu menguasai diri saya... dalam hampir-hampir tu, saya telah naik dalam 2-3 kg...dem!
Sekarang, saya beriya-iya mahu kurus...sudah-sudah la makan tu... 55kg sasaran berat tahunan saya...hahahahahahahahahaha...
kalo boyapren saya meninggalkan saya pada suatu hari yang permai nanti, mungkin lebih mudah saya mendapat pengganti jika saya kurus... kalau saya gemok, mungkin tiada yang memandang saya...hahahahhahahahahhahaha...dem!
Arghhhh...lelaki ! Rumah besar, kereta besar, semua mau...bini besar ??? dem!
P/s: Nape aku suke pakai 'dem!²' ni....dem!
haha..boyapren ek??aku report!!!:P
ReplyDelete